Monday, September 14, 2015

Merinduimu.

ASSALAMUALAIKUM :)

Dear SAFIKIYA,

Apa khabarmu di sana wahai sahabat? Diharapkan baik-baik saja. Ketahuilah bahawa diri ini amat merindui kalian semua. Tiada apa yang ingin diperkatakan cuma aku ingin bersyukur kepada Allah kerana telah mempertemukan kita berempat. Bermacam-macam halangan dan rintangan yang kita telah hadapi bersama-sama. Bermacam-macam pergaduhan dan salah faham juga yang berlaku antara kita. Namun, sehingga ke hari ini hubungan persahabatan kita masih lagi utuh. Alhamdulillah hampir 6 tahun kita bersahabat. Biarpun kita tidak lagi berdekatan seperti waktu-waktu di sekolah dahulu, namun dirimu semua sentiasa berada dekat di hati aku. Memori-memori indah, suka dan duka yang kita hadapi masih jelas bermain di fikiran. Begitu indah sekali waktu itu. Kalau boleh, aku ingin sekali mengulangi detik itu. Tetapi masa seakan-akan mencemburui kemesraan kita bersama.

Tahun depan, angka 20 bakal menjelma. Masing-masing sudah matang, sudah makin cantik, ada juga yg sudah berpunya :* Ku harap hubungan ini akan terus kekal hingga ke Jannah. Percayalah sahabat, tiada siapa pun yang mampu menggantikan tempatmu dan tiada siapa pun yang aku selesa bersama selain denganmu dan tiada siapa pun yang mampu memahami diriku sepertimu. Aku tahu, kita semua tak sempurna, tapi kita semua saling melengkapi antara satu sama lain :)


Hari ini, aku masih lagi tercari-cari mereka yang mampu memahami diriku sepertimu. Namun biar di mana aku berada, masih tak ku jumpa. Husnudzon. Mungkin Allah tidak mahu aku melupakanmu. Mungkin Allah ingin kekalkan persahabatanku dengan dirimu semua.

Mungkin.

 InsyaAllah :) Aku harap biarpun di mana kamu berada wahai sahabat, ingatlah daku dalam setiap doamu. Jagalah dirimu, jagalah imanmu. Andai di satu masa nanti kita terpaksa membawa haluan yang berbeza, janganlah dikau lupa akan persahabatan yang pernah terjalin ini. Semoga Allah panjangkan jodoh kita, Amin.

Ikhlas,
Sahabatmu


MAY ALLAH BLESS YOU :)

No comments:

Post a Comment