Monday, September 14, 2015

Merinduimu.

ASSALAMUALAIKUM :)

Dear SAFIKIYA,

Apa khabarmu di sana wahai sahabat? Diharapkan baik-baik saja. Ketahuilah bahawa diri ini amat merindui kalian semua. Tiada apa yang ingin diperkatakan cuma aku ingin bersyukur kepada Allah kerana telah mempertemukan kita berempat. Bermacam-macam halangan dan rintangan yang kita telah hadapi bersama-sama. Bermacam-macam pergaduhan dan salah faham juga yang berlaku antara kita. Namun, sehingga ke hari ini hubungan persahabatan kita masih lagi utuh. Alhamdulillah hampir 6 tahun kita bersahabat. Biarpun kita tidak lagi berdekatan seperti waktu-waktu di sekolah dahulu, namun dirimu semua sentiasa berada dekat di hati aku. Memori-memori indah, suka dan duka yang kita hadapi masih jelas bermain di fikiran. Begitu indah sekali waktu itu. Kalau boleh, aku ingin sekali mengulangi detik itu. Tetapi masa seakan-akan mencemburui kemesraan kita bersama.

Tahun depan, angka 20 bakal menjelma. Masing-masing sudah matang, sudah makin cantik, ada juga yg sudah berpunya :* Ku harap hubungan ini akan terus kekal hingga ke Jannah. Percayalah sahabat, tiada siapa pun yang mampu menggantikan tempatmu dan tiada siapa pun yang aku selesa bersama selain denganmu dan tiada siapa pun yang mampu memahami diriku sepertimu. Aku tahu, kita semua tak sempurna, tapi kita semua saling melengkapi antara satu sama lain :)


Hari ini, aku masih lagi tercari-cari mereka yang mampu memahami diriku sepertimu. Namun biar di mana aku berada, masih tak ku jumpa. Husnudzon. Mungkin Allah tidak mahu aku melupakanmu. Mungkin Allah ingin kekalkan persahabatanku dengan dirimu semua.

Mungkin.

 InsyaAllah :) Aku harap biarpun di mana kamu berada wahai sahabat, ingatlah daku dalam setiap doamu. Jagalah dirimu, jagalah imanmu. Andai di satu masa nanti kita terpaksa membawa haluan yang berbeza, janganlah dikau lupa akan persahabatan yang pernah terjalin ini. Semoga Allah panjangkan jodoh kita, Amin.

Ikhlas,
Sahabatmu


MAY ALLAH BLESS YOU :)

Monday, March 17, 2014

Inderapura yang berpura-puraaa :D

ASSALAMUALAIKUM :)


Dah lama SAFIKIYA tak berkumpul sama-sama.
Memang payah giler kita orang nak cari masa yang sesuai untuk spend time sama-sama.

Tahun lepas komfomlah tak boleh nak 'bergalok' sangat kan.
Yelahh. Kita orang kena fokus untuk face to face with SPM.
No time to play around masa tuh. Hmmmm :(

Sampailah masuk ke tahun 2014 ni...
Masing-masing still ada perkara yang nak dibuat.

LIST TO DO :

  1. Buat lesen kereta-motor or kereta only
  2. Belajar menjahit kat Giatmara. *kredit to niesa :p
  3. Cari boyfriend/pasangan hidup/someone special/suami *opssss :D
Dan macam-macam lagilahh.
Yang ke-3 tuh penting jugokkkkkkk ;D
Yedokk? Entohlaaa. Hahaha.

Cari punyalah cari. 
Akhirnya kita orang dapat jugak masa yang sesuai untuk gather-gather.

Hari Ahad. 9 Mac 2014.
At Taman Tasik Sultan Abu Bakar, Pekan, Phg.
Kita orang panggil Inderapura jeee.
Skema sangat panggil nama penuh tempat tuh. Hahahaha.

As usual.
Kalau dah berbekalkan kamera DSLR kepunyaan Scha tuh.
Komfom-komfomlahh selok nak bergamboooo saje orkkk?
Ngeh3....

Haaa nilah antara hasilnyaaaaa.
Starting from Kiena's house.
Lepak-ing dulu, lunch-lunch, high tea, story-story apa yang nak diluahkan.
Gelak-gelak tuh dah menjadi satu kewajipan kot bagi kita orang kalau dah berjumpa.
Nak-nak pulak ada ratu gelak dalam geng kita orang. Lalalala. Sesiapa mohon terasaaaa :D

Then, bila dah agak-agak petang sikit, barulah kita orang move on ke agenda utamaaa.
What else? Ke Inderapuraaaa seperti yang dinyatakan di atas.
Selepas dah dapat keizinan yakni kebenaran (cewahhh!) daripada Kiena's mom.
Kita orang dapatlah pergi ke destinasi dengan transport sendiri.
Means drive sendirilah. 
Maka, Nissan Almera pun bawaklah kita orang.
Kiena pun startlahh buat muka matured sikit.
Agak-agak matang sikit. Buat-buat muka ada lesen.
Then, apa lagi? Jalan jelahh. Hahaha.
Selagi takde roadblock, selagi tuh lah berani bawak.
In sha Allah, awal bulan April ni dapatlah lesen tuh. Aminnn.


Kiena the thinny pilot.

Niesa the cute co-pilot.

Scha and Dayah are the passangers. *selfie tak menjadi gamoknyeee :D


Then, tak sampai 5 minit, kita orang pun sampailah ke destinasi cintaaaa yang dituju. Haha.
That is Inderapura!


The landmark of Taman Tasik Sultan Abu Bakar, Pekan, Phg.


Kemudiannnnnnn, bermulalahhh selfie-selfie antara kita orang. Self timer kebanyakannyaaa.
Yelah. Nak suruh sape lagi nak mintak tolong snap untuk kita orang. 
Masing-masing posing... Allah je yang tahu. So, malulahh kan. Hahaha :D



Dah macam nak buat cover album baru jeeeeee.


Hok tuh bakpe gi tidoooo?


Papinka's lover.


Jelitawan-jelitawan SAFIKIYA.


Maka, itu sahajalahh yang dapat kami paparkan buat tatapan anda semua untuk kali ini.
Cehh, dah macam Majalah 3 dah rasanyaa.
Actually, banyak lagi gambarnyaa. Cuma rasanya ni lahh yang terbaik kot.
Nak letak semua kang penuh entri kali ni.Hahaha.
Next time lahh pulak yee :D

Haaaaa! For your information...
Hari khamis ni. 20 Mac 2014.

Segala titik peluh mahupun keringat kami selama ni bakal terjawabbbb.
Anda tahukah maksudnyaaaaa?
Ianya adalah hari dimanaaaa...

RESULT SPM kami akan keluarrrrrr!!!

Masya Allah! Doakan kami berempat memperoleh keputusan yang cemerlang.
Tak lupa juga kepada mereka yang lain iaitu kepada semua batch 1996.

Ya Allah, Ya Tuhan kami. Engkau permudahkanlah segalanya bagi kami Ya Allah.
Tunjukkanlah kekuasaanMu.
Berikanlah kami ketenangan semasa menerima keputusan SPM itu nanti Ya Allah.
Walau apapun keputusannya, kami menerima dengan hati yang rela.
Kerana itulah apa yang kami telah usahakan selama ini Ya Allah.
Kuatkanlah hati kami Wahai Tuhan yang Maha Agung.
Makbulkanlah segala harapan kami yang kami pohonkan kepadaMu Ya Allah.
Hanya engkau yang dapat membantu kami sebagai hambaMu.

Amin amin Ya Rabbal 'alamin....

SEKIAN ~

Yang ikhlas,
SAKINAH IZNI BINTI ISHAK.
*Kiena*

MAY ALLAH BLESS YOU :)